Friday, July 17, 2009

Saluran Permasalahan Kebajikan Dalam Talian (Online)

Urusetia Kebajikan UKM telah bergerak ke hadapan melalui pembentukan blog ini. Dalam masa yang sama, pihak urusetia juga telah mewujudkan sistem saluran kebajikan secara dalam talian (online).

Saluran berbentuk borang ini diwujudkan untuk memberi peluang dan ruang kepada para pelajar yang tidak berkesempatan untuk datang ke pejabat Unit Kebajikan Pelajar UKM di Pusanika dan juga bagi para pelajar yang agak segan untuk berkongsi masalah secara terbuka dengan kakitangan, maka dengan itu kami selaku urusetia yang terdiri daripada pelajar juga membuat borang kebajikan untuk semua pelajar kampus.

Jika pelajar mempunyai masalah, tidak kira dari segi kewangan, kesihatan, pelajaran, kemudahan, OKU dan lain-lain, mereka boleh mengisi borang dengan menceritakan permasalahan yang berlaku pada dirinya. Maklumat yang diberikan dalam borang tersebut dijamin akan dirahsiakan. Namun begitu, setelah pelajar menghantar borang yang telah lengkap, pihak urusetia dan kakitangan UKP akan memeriksa dan mengambil tindakan terhadap borang permasalahan yang dihantar.

Oleh yang demikian, pihak urusetia berharap agar saluran baru ini dapat meringankan sistem birokrasi dalam sesebuah organisasi. Dalam masa yang sama, pihak urusetia berjanji akan membantu meringankan permasalahan para pelajar walaupun tidak semestinya dapat diselesaikan. Kita sepatutnya saling bantu membantu dalam hal begini.

'Borang Kebajikan Pelajar' terletak di bahagian bawah laman blog ini. Diharapkan agar saluran ini dapat digunakan dengan betul oleh semua pelajar.

No comments: