Thursday, October 29, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 2009/10

Asalam dan salam kebajikan,

Dikesempatan ini,meskipun agak terlewat 3 hari berlalu pihak editor mewakili unit kebajikan pelajar serta urusetia kebajikan pelajar mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester 1 2009/2010.

selamat berusaha.
Asalam&salam kebajikan,

Pihak editor memohon maaf akan kelewatan pihak kami memperbaharui maklumat dan info terbaru kami..secara jujurnya pihak kami mengalami masalah teknikal yang tidak dapat di elak kan. insyallah pihak kami akan mengiatkan semula makluman dan info info terkini buat pengunjung laman blog kami..

ILMU ,MUTU DAN BUDI..

"Kebajikan anda keutamaan kami"

Friday, August 7, 2009

Makluman : PTPTN (Kelompok Kedua)

Hari Penyerahan Borang/ Surat Tawaran PTPTN Sesi 2009-2010
(Kelompok Kedua)

14 - 16 Julai 2009
(Jumaat-Ahad)
Auditorium Siswa, Aras 2, Bangunan Pusanika, UKM

Para pelajar yang memohon pinjaman PTPTN untuk kelompok kedua dinasihatkan supaya melengkapkan dahulu dokumen yang dicetak dari web PTPTN beserta dokumen-dokumen sokongan sebelum menyerahkannya kepada pegawai PTPTN di lokasi yang ditetapkan bagi memudahkan segala urusan anda. Jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh datang terus ke lokasi yang ditetapkan dan rujuk di papan kenyataan yang memaparkan contoh dokumen yang lengkap atau bertanya terus pada pegawai yang bertugas. Diharapkan para pelajar dapat berurusan dengan baik dan selesa. Terima kasih.

Sunday, July 19, 2009

Isi Borang Keahlian Jika Berminat

Sempena Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar anjuran Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) pada 20 - 24 Julai 2009 ini, Urusetia Kebajikan JPPel UKM tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkannya dengan membuka kaunter pendaftaran dan pameran di Aras 2, Bangunan Pusanika UKM. Acara selama lima hari ini akan melibatkan kesemua persatuan berdaftar termasuk urusetia HEPA yang mana setiap satu akan mengadakan sesi promosi, pameran dan pendaftaran bagi menarik perhatian pelajar tahun satu terutamanya untuk menyertai persatuan yang diminati sekaligus menjadi ahlinya.

Pada edisi kali ini, Urusetia Kebajikan JPPel UKM buat pertama kalinya menyertainya secara serius. Jika pada edisi lalu, pihak urusetia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam menyediakan promosi yang berkesan kepada para pengunjung, maka pada minggu hadapan, insyaAllah Urusetia Kebajikan JPPel UKM akan mengadakan promosi hebat kepada para pelajar baru UKM.

Urusetia Kebajikan JPPel UKM telah mengambil inisiatif dan langkah ke hadapan kerana mahu mencari ahli di kalangan pelajar baru. Sebelum ini, organisasi Urusetia Kebajikan JPPel UKM hanya dipenuhi oleh gabungan exco kebajikan JAKSA setiap kolej, tetapi ianya hanya megah dengan nama gabungannya. Ahli bagi setiap program yang dijalankan pula ditarik dari kalangan rakan-rakan exco. Situasi ini mendatangkan kesulitan kepada exco untuk membentuk organisasi yang mantap. Ini kerana setiap exco JAKSA yang diserapkan ke dalam organisasi ini telah sedia ada sibuk di kolej mereka dan sukar untuk memberikan komitmen di urusetia.

Maka dengan itu Urusetia Kebajikan JPPel UKM akan membuka pendaftaran percuma kepada semua pelajar yang berminat, tidak kira tahun berapa, dari fakulti mana dan juga mana-mana kolej kediaman. Dan buat julung kalinya juga, pendaftaran keahlian Urusetia Kebajikan JPPel dijalankan secara dalam talian (online), tidak menggunakan borang dengan cara menulis. Borang keahlian terletak di bahagian bawah laman blog ini. Untuk makluman, sesi pendaftaran ini tidak berlangsung dalam Minggu Pengenalan Persatuan sahaja, sebaliknya borang ini sentiasa dibuka sepanjang masa. Maksudnya, sesiapa boleh mengisi borang keahlian ini di mana-mana sahaja dan juga pada bila-bila masa. Pihak urusetia akan sentiasa mengemaskini pangkalan data untuk memeriksa senarai keahlian baru.


Akhir kata, pihak Urusetia Kebajikan JPPel UKM mengalu-alukan keahlian baru dari pelajar-pelajar baru UKM dan marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk merealisasikan matlamat dan aktiviti kebajikan ke arah pembangunan insan pelajar yang berkesan.

Friday, July 17, 2009

Saluran Permasalahan Kebajikan Dalam Talian (Online)

Urusetia Kebajikan UKM telah bergerak ke hadapan melalui pembentukan blog ini. Dalam masa yang sama, pihak urusetia juga telah mewujudkan sistem saluran kebajikan secara dalam talian (online).

Saluran berbentuk borang ini diwujudkan untuk memberi peluang dan ruang kepada para pelajar yang tidak berkesempatan untuk datang ke pejabat Unit Kebajikan Pelajar UKM di Pusanika dan juga bagi para pelajar yang agak segan untuk berkongsi masalah secara terbuka dengan kakitangan, maka dengan itu kami selaku urusetia yang terdiri daripada pelajar juga membuat borang kebajikan untuk semua pelajar kampus.

Jika pelajar mempunyai masalah, tidak kira dari segi kewangan, kesihatan, pelajaran, kemudahan, OKU dan lain-lain, mereka boleh mengisi borang dengan menceritakan permasalahan yang berlaku pada dirinya. Maklumat yang diberikan dalam borang tersebut dijamin akan dirahsiakan. Namun begitu, setelah pelajar menghantar borang yang telah lengkap, pihak urusetia dan kakitangan UKP akan memeriksa dan mengambil tindakan terhadap borang permasalahan yang dihantar.

Oleh yang demikian, pihak urusetia berharap agar saluran baru ini dapat meringankan sistem birokrasi dalam sesebuah organisasi. Dalam masa yang sama, pihak urusetia berjanji akan membantu meringankan permasalahan para pelajar walaupun tidak semestinya dapat diselesaikan. Kita sepatutnya saling bantu membantu dalam hal begini.

'Borang Kebajikan Pelajar' terletak di bahagian bawah laman blog ini. Diharapkan agar saluran ini dapat digunakan dengan betul oleh semua pelajar.